fbpx

Saintis temui cara kumpul DNA dari udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTINE Bohmann yang merupakan seorang profesor di Universiti Copenhagen dirakam ketika mengumpulkan sampel dari udara. – CNN World

LONDON – Saintis-saintis kini boleh mengutip sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari udara, manakala teknik yang digunakan mampu mengubah cara haiwan terancam dan ekosistem alam semula dikaji serta dilindungi, lapor saluran berita CNN.

Penyelidikan itu diterbitkan jurnal Current Biology pada Khamis lalu.

Dua kumpulan penyelidik bebas yang masing-masing berpangkalan di Denmark dan satu lagi di Britain serta Kanada, menguji sama ada DNA bawaan udara boleh digunakan untuk mengesan spesis haiwan yang berbeza. 

Semua organisma hidup termasuk manusia menggugurkan bahan genetik dikenali sebagai DNA semula jadi (eDNA) ke persekitaran apabila mengeluarkan bahan kumuhan, berdarah dan menanggalkan kulit atau bulu.

Sebelum ini, saintis bidang pemuliharaan telah menyusun eDNA bawaan air untuk mengesan spesies tertentu seperti populasi neut iaitu sejenis salamander yang hidup  di persekitaran akuatik Britain.

Bagaimanapun, mengumpulkan eDNA bawaan udara adalah lebih mencabar kerana lebih lemah berbanding di dalam air.

Walaupun menggunakan kaedah berbeza untuk menapis DNA dari udara, kedua-dua pasukan berjaya mengenal pasti haiwan berdekatan yang bersembunyi di dalam kurungan zoo dan di luar.

Pasukan penyelidik yang menjalankan kajian di Taman Zoo Hamerton di Denmark itu berjaya mengenal pasti DNA daripada 25 spesis haiwan berbeza termasuk harimau, lemur dan dingo, kata penulis utama kajian itu, Elizabeth Clare yang merupakan penolong profesor di Universiti York, Kanada. 

Pasukan penyelidik dari Copenhagen turut berjaya mengesan 49 spesies vertebrata termasuk 30 mamalia.

“Kami terkejut apabila melihat hasilnya,” jelas kenyataan pengarang utama kajian tersebut di  Denmark, Kristine Bohmann yang merupakan seorang profesor bersekutu di Universiti Copenhagen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI