fbpx

Empat sungai di Johor melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa memeriksa paras air sungai di Johor. Gambar hiasan

PETALING – Sebanyak empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya pada pukul 7.30 pagi ini.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Muar di Liang Batu, Muar pada 2.63 meter telah melebihi tahap bahaya 0.5 meter.

“Sungai Muar di Panchor, Muar paras air 2.42 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.29 meter.

“Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar paras air 3.34 meter melebihi tahap bahaya 0.99 meter,” kata portal berkenaan.

Kata portal tersebut, paras air Sungai Muar di Buluh Kasap, Segamat pada 9.5 meter pula telah melebihi tahap bahaya 0.36 meter.

Bagaimanapun, hanya paras air Sungai Muar di Buluh Kasap menunjukkan trend tiada perubahan, manakala selebihnya menunjukkan trend menurun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI