fbpx

Jepun bina senjata musnahkan misil hipersonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU daripada dua prototaip railgun elektromagnetik dipamerkan di atas kapal berkelajuan tinggi USS Millinocket. – Alamy

TOKYO – Kementerian Pertahanan Jepun sedang membangunkan sistem pertahanan jenis railgun sebagai strategi untuk melindungi negara itu daripada serangan senjata generasi akan datang seperti peluru berpandu hipersonik dan dron, lapor akhbar Daily Star semalam.

Railgun merupakan sejenis senjata pertahanan yang menggunakan magnet berkuasa tinggi untuk menembak peluru pada kelajuan lebih 8,047 kilometer sejam.

Setakat ini, tiada sebarang sistem pertahanan dapat digunakan untuk berlindung daripada serangan  peluru berpandu hipersonik.

Ini kerana peluru berpandu tersebut bergerak pada kelajuan yang amat tinggi, di mana ia berupaya mengenai sasaran pada masa yang sama ketika pelancarannya dikesan.

Bagaimanapun, pakar-pakar percaya bahawa railgun merupakan kaedah berkesan untuk memintas senjata hipersonik yang ditembak dari pesawat.

Perkara yang menjadi masalah dalam penggunaan senjata tersebut adalah ia menggunakan jumlah kuasa yang amat tinggi, melebihi had yang boleh dihasilkan oleh kapal perang konvensional.

Unit senjata itu yang berpangkalan di darat pula dapat digunakan sebagai perisai anti peluru berpandu dan  menggunakan sumber kuasa jauh lebih besar.

Sementara itu, menurut agensi berita Nikkei, unit  railgun yang dibangunkanoleh  Jepun dijangka dapat digunakan menjelang 2030. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI