fbpx

Aksi nekad dua pencuri larikan motosikal berjaya dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan aksi nekad dua individu yang telah merosakkan pagar sebelum melarikan sebuah motosikal.

PETALING JAYA – Potong kunci, tarik pagar sampai rosak dan melarikan sebuah motosikal dari pekarangan sebuah rumah.

Itu aksi nekad dua individu yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah dipercayai sekitar Taman Samudera, Gombak.

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman Sukan Star TV itu, kelihatan dua individu lengkap memakai sarung tangan telah memotong kunci pada pagar sebelum menarik pagar sehingga terbuka.

Selepas pagar berjaya dibuka, seorang lelaki kemudiannya masuk ke dalam rumah berkenaan sebelum membawa keluar sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha LC.

Pada akhir rakaman klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan dua lelaki melarikan diri bersama motosikal yang dicuri.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar kejadian itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan kedua-dua lelaki terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

“Bangsat geng curi moto ni menyusahkan orang lain, nak hidup senang kerja la,” tulis Emi Kurinfun IV pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zakaria Pakya.

“Tengok macam mereka dah lama rancang,sebab cara dia masuk terus kat motor tu tak tengok motor lain dah. Mungkin penyamun ini pernah datang rumah,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI