fbpx

140,000 isi rumah bakal terima manfaat SAVE 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin bercakap pada sidang akhbar program SAVE 3.0 di Wisma Sumber Asli hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Program Kemampanan Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) 3.0 dilancarkan hari ini dengan lebih banyak pilihan produk elektrik ditawarkan selepas dua siri program sama yang dilancarkan sebelum ini menunjukkan kejayaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, insentif e-rebat itu bertujuan menggalakkan ramai pengguna domestik beralih kepada barangan cekap tenaga.

“Berbanding SAVE 2.0 yang terhad kepada penyaman udara atau peti sejuk dengan rebat RM200, SAVE 3.0 pula boleh ditebus sehingga RM400,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

SAVE 3.0 dibiayai menerusi Dana Akaun Industri Bekalan Elektrik yang merupakan program inisiatif kesinambungan daripada siri SAVE 1.0 dan 2.0 dilaksanakan lebih dua tahun lalu bagi mempromosikan amalan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program SAVE 2.0 yang dilaksanakan kementerian sepanjang tahun lalu berjaya merekodkan 134,000 penebusan e-rebat dengan penjimatan tenaga elektrik mencecah nilai RM26.8 juta.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, SAVE berbeza kerana menawarkan dua pecahan kategori produk dengan kategori 1 untuk pembelian peti sejuk atau penyaman udara.

“Ia melibatkan rebat boleh ditebus sebanyak RM200 manakala kategori 2 pula bagi pembelian televisyen atau mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi,” jelas beliau.

Kementerian itu ujarnya, menyasarkan sejumlah 140,000 isi rumah bakal mendapat manfaat SAVE 3.0 dengan penjimatan tenaga 153 GigaWatt joule yang bersamaan nilai RM60.45 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI