fbpx

Park Shin-hye, Choi Tae-joon kahwin 22 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK Shin-hye dan Choi Tae-joon.

PASTI ramai yang tidak sabar menantikan detik bahagia pasangan selebriti Park Shin-hye dan Choi Tae-joon yang akan untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Selepas empat tahun bercinta, pasangan itu menyampaikan perkhabaran gembira mengenai perkahwinan mereka baru-baru ini.

Tidak setakat itu, umum juga sudah tahu Shin-hye sedang hamil anak pertama mereka.

Menurut laporan media tempatan dan daripada sumber terdekat, pasangan itu akan mengadakan majlis bermakna dan ditunggu-tunggu ramai pada 22 Januari pukul 11 pagi di sebuah gereja terletak di Gangdong-gu, Seoul.

Kedua-dua mereka juga merupakan penganut Kristian yang taat dan mahu memulakan kehidupan baru di tempat yang suci itu.

Terdahulu, Shin-hye dan Tae-joon mula menjalinkan percintaan pada penghujung 2017, bagaimanapun mereka hanya mendedahkan hubungan tersebut kepada umum pada Mac 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI