fbpx

Azam Baki perlu beri penjelasan – Suruhanjaya Sekuriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan meminta semua pihak terlibat termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuat, selain mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.

Melalui satu kenyataan hari ini SC telah mengesahkan pemilikan saham hanya dibenarkan di bawah nama individu yang memiliki akaun sekuriti tersebut.

“Di bawah Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), menyatakan akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat.

“Seksyen 29 (A) SICDA juga mewajibkan hal ehwal akaun sekuriti hanya dapat diubah pemilik yang menerima manfaat atau penama yang diberi kuasa,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu.

Jelasnya, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik beliau, Nasir menggunakan pembiayaan miliknya dan saham syarikat yang dibeli tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI