fbpx

4,449 mangsa banjir di Johor hari ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Bencana banjir di negeri ini yang memasuki hari ketujuh menunjukkan terdapat peningkatan mangsa banjir kepada 4,449 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia melibatkan 1,195 keluarga yang ditempatkan di 66 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam buah daerah.

Katanya, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 4,202 mangsa daripada 1,131 keluarga di 64 PPS yang direkodkan pada tengah malam tadi.

Tambahnya, daerah yang masih lagi terjejas banjir di negeri ini ialah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Kluang dan Batu Pahat.

“Peningkatan angka tersebut dipengaruhi dengan pertambahan mangsa di daerah Tangkak iaitu dari 716 pada tengah malam tadi kepada 801 mangsa setakat ini.

“Pertambahan mangsa di PPS juga berlaku di Muar apabila jumlah 333 mangsa yang dicatatkan tengah malam tadi melonjak kepada 495 mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, sehingga pukul 8 pagi itu, tiada PPS yang baharu dibuka atau ditutup di kesemua daerah yang terjejas banjir.

Katanya, Segamat masih mengekalkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 2,508 mangsa daripada 685 keluarga ditempatkan di 36 PPS.

“Tiga daerah lain yang turut mengekalkan angka sama adalah Mersing dengan 464 mangsa daripada 123 keluarga di enam PPS, Batu Pahat dengan 53 mangsa daripada 17 keluarga di sebuah PPS dan Kluang iaitu 128 mangsa daripada 38 keluarga di sebuah PPS,” katanya.

Tambahnya, mengikut data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, keadaan cuaca cerah di kesemua 10 daerah di Johor, setakat pagi ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI