fbpx

Polis Pulau Pinang rampas dadah RM113.92 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (tengah) menyampaikan sijil pada perhimpunan bulanan dan lafaz ikrar bagi bulan Januari 2022 peringkat Kontinjen Pulau Pinang, di Padang Tembak, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM113.92 juta sepanjang tahun lalu hasil peningkatan operasi, risikan dan kehadiran pihak polis di lapangan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ia menunjukkan peningkatan rampasan sebanyak RM65.18 juta berbanding 2020 yang berjumlah RM48.74 juta.

Katanya, dalam tempoh sama seramai 7,688 ditahan di mana 1,976 orang ditahan dibawah kategori bekalan, pemilikan (4,197) dan urin (1,515).

“Kita menjangka aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah akan berterusan memandangkan mereka ini agresif, tidak takut dengan undang-undang dan adanya permintaan.

“Disebabkan itu, pihak polis akan meningkatkan kerja-kerja risikan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Padang Tembak di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil kajian yang dijalankan oleh semua jabatan polis di Pulau Pinang pada tahun lalu, banyak kes-kes jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai rekod narkotik. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI