fbpx

Pemandu Myvi lawan arus dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seorang pemilik sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Myvi sedang dikesan selepas didapati memandu melawan arus di Jalan Bukit Rotan berhampiran Taman Kasawari di sini.

Ini susulan penularan video berdurasi sembilan saat memaparkan aksi berbahaya kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 10.55 pagi, 1 Januari lalu.

“Kita masih mengesan pemilik kenderaan itu dan orang ramai yang menyaksikan dan mempunyai maklumat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017 8028105 atau 03-32891222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI