fbpx

Ditumbuk, ancam bunuh kerana tegur mabuk di klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Hanya kerana menegur seorang pemabuk, seorang pemandu lori ditumbuk dan diancam bunuh dalam kejadian di rumahnya di Kapar, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa berusia 43 tahun cedera di muka dan bahagian badan selepas bergelut dengan suspek berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian bermula apabila mangsa bersama anak dan isterinya ketika berada di sebuah klinik telah menegur seorang lelaki dikenalinya yang dalam keadaan mabuk.

Katanya, teguran itu membuatkan suspek mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada mangsa dan telah berlaku pertengkaran antara mereka.

Insiden tersebut kemudiannya tidak tamat di situ apabila suspek bersama rakannya dengan menaiki motosikal telah pergi ke rumah mangsa.

“Suspek kemudiannya telah bertindak menumbuk mangsa dan berlaku pergelutan sebelum dileraikan jiran mangsa dengan suspek beredar dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, suspek telah kembali ke rumah mangsa sambil membawa paip besi berwarna putih dan mengeluarkan ancaman bahawa mangsa akan mati ditangannya dan anak mangsa tidak akan mempunyai bapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menegaskan, polis yang kemudiannya menerima laporan berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Jalan Hamzah Alang kira-kira pukul 9 malam, kelmarin.

Tambah Vijaya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI