fbpx

Bahagia Wani, air mata jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wani Kayrie bersama kereta miliknya iaitu Mercedes-Benz CLA1800.

Selamat Tahun Baharu 2022. Pastinya semua mahukan kesihatan, kemewahan dan kebahagian yang lebih baik setelah melalui detik sukar 2021.

Bagi penyanyi Wani Kayrie, pastinya kedatangan tahun baharu lebih indah apabila memiliki kereta idaman iaitu Mercedes-Benz-CLA1800 berharga RM192,000.

Kereta mewah itu dibeli berkat menyimpan selama setahun. Alhamdulillah rezeki di saat orang lain bergelut dengan penyusutan wang simpanan masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Bagi pasangan bercinta, hari pertama tahun baharu pula menyaksikan ikatan cinta dimeterai dengan tali perkahwinan termasuk penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.

Tahun baharu juga menyaksikan tanggungjawab baharu apabila bergelar isteri ahli perniagaan bergelar jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Begitu juga pasangan penyanyi Azzam Sham, 25, dan Sheryl Shazwanie, 25, yang diijabkabulkan kelmarin.

Bagaimanapun bagi jemaah umrah, tahun baharu memberi permulaan yang kurang indah buat mereka apabila ibadah itu ditangguhkan sementara bermula 8 Januari ini. Sesuatu yang tidak dijangka susulan peningkatan varian Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang dari Arab Saudi.

Lonjakan kes harian Covid-19 negara itu yang kembali meningkat turut mendorong Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka.

Sejak 13 Oktober sehingga 30 Disember lalu, sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada 11,108 jemaah umrah dikesan positif Covid-19. Sedih, kecewa, marah dan reda, itu gambaran rasa hati jemaah umrah pada masa ini.

Di saat semua persiapan telah dibuat, harapan menggunung menunaikan umrah setelah dua tahun menunggu kini tertangguh lagi.

Sudah pasti mereka sangat kecewa dengan berita diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kelmarin.

Gelembung pelancongan antarabangsa yang mula dilaksanakan Oktober lalu kini memberi tempias bukan sahaja buat jemaah umrah tetapi pemain industri.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia mendedahkan puluhan ribu jemaah umrah Malaysia dan agensi pelancongan mengalami kerugian besar susulan keputusan kerajaan berkenaan.

Penangguhan itu tepat sebagai langkah berwaspada kerajaan mengelakkan keadaan ekonomi dan sosial negara lumpuh.

Bagaimanapun situasi ini bukan sahaja menekan jemaah yang telah melaburkan duit tetapi pemain industri, baru boleh ‘bernafas’ terhenti di tengah jalan.

Ketika ini, pengharapan hanya satu, semoga penangguhan ini tidak lama dan cuma bersifat sementara.

Jemaah kembali boleh menunaikan ibadah umrah bulan depan, agensi kembali boleh ‘beroperasi’ semula.

Setiap daripada kita perlu terus berganding bahu, moga hari-hari seterusnya lebih indah, kita tidak mampu mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI