fbpx

Ramai tunggu Uqasha, Kamal pulang dari umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL dan Uqasha kini sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci selepas sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

BULAN Disember lalu sememangnya milik pasangan popular Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Mana tidaknya, bermula dengan pengakuan sudah bernikah pada November lalu, tular video tarian Bollywood, menunaikan umrah dan kemuncaknya mereka akan disiasat atas dakwaan majlis resepsi melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut netizen, kepulangan Uqasha dan Kamal dari Mekah sangat-sangat dinanti ramai kerana ingin melihat apa yang akan menanti pasangan itu terutama berkaitan siasatan polis terhadap majlis perkahwinan mereka.

Bila sudah jadi begini, memang berpusu-pusulah komen berbaur kecaman diterima mereka. Tetapi dalam kekabutan yang berlaku, masih ramai bersimpati dengan nasib mereka.

“Kasihan mereka berdua banyak sangat dugaan. Banyak lagi majlis yang tidak ikut SOP tapi tak kecoh pun sebab bukan artis,” luah seorang netizen.

“Sebelum ini Neelofa, kali ini giliran mereka pula. Apapun semoga dipermudahkan urusan umrah dan selamat pulang ke tanah air,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Sepertinya masih ramai yang menyokong di belakang kalian, harap semuanya dapat diselesaikan dengan secara baik.

DIVA: Semoga Uqasha dan Kamal mendapat umrah yang mabrur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI