fbpx

Anak Shuib nak adik perempuan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB bersama anak perempuannya, Talita atau Dekta.

TERKEJUT tetapi pada masa sama terhibur dengan gelagat anak-anak Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.

Paling mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila anak kedua pasangan itu iaitu Dzahira Talita Zahra atau Dekta meminta adik perempuan daripada bapanya.

“Ya, nak adik baru sebab Dekta tak ada kawan nak main. Daddy kenalah kahwin baru,” katanya dalam sebuah rakaman video.

Mungkin Dekta hanya bergurau atau terlalu inginkan adik perempuan memandangkan dia seorang sahaja ‘bunga’ dalam adik-beradiknya.

Disebabkan itu, ramai yang mula mendoakan Shuib agar diberi rezeki bertemu jodoh dengan wanita yang baik sekiranya diizinkan Tuhan.

Apapun, semoga keempat-empat anak arwah membesar dengan baik. Ayash Affan juga semakin bijak dan comel, geram melihatnya.

DIVA: Kagum dengan kejayaan Uwais Alqarni dalam sukan golf. Kerap juga dia memenangi pelbagai pertandingan, pasti arwah ibunya bangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI