fbpx

TMJ lawat mangsa banjir seawal pukul 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TMJ bertanyakan sesuatu kepada mangsa banjir ketika melawat sebuah PPS awal pagi tadi.

SEGAMAT – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Daerah Segamat seawal pukul 3 pagi tadi.

Sebelum itu, baginda yang bertolak dari Johor Bahru kira-kira pukul 1 pagi sempat melawat mangsa banjir di tiga PPS yang dibuka di sekitar Labis.

“Saya telah selesai melawat PPS Daerah Segamat iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK)  Kampung Tenang Labis, PPS Dewan Pekan Air Panas, Labis dan PPS SJKC Ai Chun.

“Alhamdulillah, barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa banjir dan suasana disini semuanya terkawal,” titahnya dalam satu kenyataan di sini awal pagi ini.

Menerusi laporan ramalan awal, Johor dijangka banjir bermula hari ini.

Baginda turut mengarahkan agensi kerajaan dan pejabat daerah memastikan kesiapsiagaan untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Terdahulu, baginda telah mengarahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat daerah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI