fbpx

Polis pecah tingkap kereta kerana patung disangka bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMY McQuillen mendakwa dikasari anggota polis yang cuba menyelamatkan anak patung yang disangka bayi di dalam kereta. – Polis Cleveland

LONDON – Tindakan dua anggota polis yang memecah cermin tingkap kereta milik seorang wanita kerana menyangka dia meninggalkan bayi tanpa pengawasan akhirnya sia-sia kerana ‘bayi’ itu sebenarnya adalah sebuah anak patung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Amy McQuillen, 36, ketika kejadian sedang membeli-belah bersama anak perempuannya, Darci McQuillen, 10, apabila polis menerima laporan yang menyatakan bahawa terdapat seorang ‘bayi’ ditinggalkan di dalam kereta miliknya. 

Sebelum meninggalkan kereta, Darci bertindak mengikat anak patungnya, Elliot pada kerusi kereta sorong bayi.

Sekembalinya mereka kira-kira 15 minit kemudian, Amy ‘disambut’ dua pegawai polis yang berdiri di sebelah kereta jenama Nissan Qashqai miliknya dalam keadaan cermin pecah.

Situasi bertambah serius apabila salah seorang pegawai polis cuba menahannya dengan menggari tangannya, lapor laman berita Teeside Live.

Polis memberitahu Amy bahawa mereka akan membayar ganti rugi kerosakan pada tingkap tersebut, namun dia ditahan kerana meninggalkan bayi tanpa pengawasan.

“Mereka menggari tangan kanan saya. Saya memberitahu mereka bahawa ia merupakan anak patung, lalu mereka membuka gari tersebut.

“Saya tidak tahu sama ada ingin menangis atau ketawa. Namun, saya juga mungkin bertindak sedemikian jika berada di tempat mereka kerana patung itu berada di kerusi bayi. Mereka memohon maaf selepas itu,’’ jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI