fbpx

PKOB siap siaga hadapi banjir di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis balai melakukan tinjauan paras air sungai dan kawasan rendah di Daerah Kota Tinggi secara berkala.

KOTA TINGGI – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Tinggi telah diaktifkan semalam sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) berikutan amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Metrologi Malaysia dan amaran banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil berkata, pusat berkenaan akan sentiasa memantau keadaan paras air dan keadaan cuaca di daerah itu.

“Para petugas telah bersiap sedia dengan pelbagai aset untuk menghadapi banjir dan sentiasa membuat rondaan ke kawasan hotspot banjir.

“Pusat Pemindahan Banjir juga telah bersedia untuk dibuka sekiranya berlaku bencana banjir dan Jabatan Penerangan juga telah melaksanakan siar raya kepada penduduk daerah Kota Tinggi khususnya penduduk yang selalu terjejas,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, penduduk di daerah Kota Tinggi terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir diminta untuk sentiasa bersiap sedia dan berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengingatkan kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa.

Orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat serta bantuan, sila hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 7222. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI