fbpx

Omicron mampu jadi ‘vaksin semula jadi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menerima dos suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Santiago, Chile, 23 Disember lalu. - AFP

LONDON – Sebilangan pakar berpendapat bahawa varian Omicron Covid-19 mampu bertindak sebagai ‘vaksin semula jadi’, sekali gus mempercepatkan perubahan fasa pandemik kepada endemik, lapor akhbar The Sun semalam.

Ahli Virologi di Universiti Reading, Profesor Ian Jones berkata, disebabkan kesan varian tersebut yang lebih ringan dan mudah berjangkit, ia dilihat boleh memberikan imuniti kepada masyarakat.

“Sekiranya benar bahawa kesan varian itu lebih ringan, suntikan vaksin hanya diperlukan untuk golongan warga emas ketika musim sejuk. 

“Selain itu, gejala selesema akibat Omicron bagi individu yang cergas dan sihat tidak menimbulkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian seperti varian-varian lain. 

“Bahkan sekiranya dijangkiti, pesakit boleh menerima imuniti tanpa menyebabkan kesan yang serius,” katanya.

Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan varian Omicron memberi kesan lebih ringan berbanding varian lain, dengan laporan rasmi pertama Britian mendedahkan bahawa risiko kemasukan ke hospital adalah 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding Delta.

“Jika Omicron adalah lemah dan kita sedang beralih ke fasa endemik, maka versi varian baharu akan datang mungkin lebih ringan dan keperluan untuk memvaksinasi golongan dewasa yang sihat bakal berkurangan,” ujar Jones. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI