fbpx

MOT sokong usaha pulihkan semula ekonomi selepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menyambut baik usaha yang dilakukan kerajaan memulihkan semula ekonomi dengan menyediakan beberapa bantuan kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan semalam.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, usaha tersebut dilihat dapat membantu mangsa banjir untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan selepas kediaman dan harta benda musnah.

“Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengenai Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa bencana banjir yang telah dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000 setiap Ketua Isi Rumah.

“Begitu juga dengan baucar tunai sebanyak RM500 bagi pembelian barangan elektrik, baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa bantuan lain seperti yang diumumkan Perdana Menteri semalam juga adalah untuk memastikan mangsa banjir terus diberi pembelaan.

Tambah beliau, sebanyak 21 agensi bawah MOT turut menyelaraskan pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir termasuk kakitangan yang terjejas.

Pada masa sama, beliau memaklumkan meskipun bencana banjir belum reda, MOT komited dalam memastikan sektor logistik dan pengangkutan terus mantap dan berkembang.

“Ini dibuktikan oleh Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas apabila berjaya memecahkan rekod dalam pengendalian kontena sejak pengoperasian kedua-dua pelabuhan ini.

“MOT bersama semua agensi dibawahnya akan bersungguh-sungguh melakar banyak lagi kejayaan demi manfaat rakyat dan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI