fbpx

Lima pemandu mabuk ditahan malam tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota JSPT sedang melakukan ujian alkohol ke atas seorang pemandu kereta malam tadi.

JOHOR BAHRU – Sembilan pengguna jalan raya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2022 yang dijalankan di seluruh negeri ini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, pemandu yang ditahan melibatkan lima mabuk, dua positif dadah dan masing-masing satu memandu secara berbahaya serta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun.

“Operasi yang dijalankan bagi membanteras kegiatan memandu secara mabuk dan merbahaya itu melibatkan 13 sekatan jalan raya di seluruh negeri ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut menjalankan Ops Samseng Jalanan bertujuan untuk mencegah aktiviti rempit dalam kalangan remaja yang mana 18 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

“Sepanjang operasi itu, kita turut mengeluarkan 230 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik hasil pemeriksaan ke atas 492 kenderaan dan 598 individu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kumarasan turut memaklumkan pihaknya telah melakukan 3,721 operasi sepanjang tahun 2021 dengan 1,320 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

“Tangkapan paling banyak dibuat melibatkan pemandu mabuk iaitu seramai 680 individu, diikuti 399 individu atas kesalahan samseng jalanan,” jelasnya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI