fbpx

Jahidah menangis riba anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZARIAH (kiri) memerhatikan Jahidah yang masih koma ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

SEREMBAN – Wanita mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin akhirnya dapat ‘bersatu’ dengan bayi lelakinya yang dilahirkan pada November lalu selepas dibenarkan keluar hospital kelmarin.

Bagaimanapun adiknya, Fa­za­riah, 38, berkata, keadaan ka­kaknya masih tidak berubah ia­itu tiada sebarang tindak balas seperti sebelum ini.

“Ya, kakak dah keluar hospital semalam (kelmarin) tetapi masih kena pantau sebab luka pembedahan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi adiknya, Fauziah, 40, turut ber­kongsi satu video di media sosial TikTok @ziahzara5 dan Facebook yang sebak melihat Jahidah dapat bersatu dengan anaknya.

“Bila letak Nufail kat riba ibu dia… hati sendiri sebak nampak kakak mengalir air mata… dia tak mampu nak peluk, nak cakap… Nufail elok je senyap.

“Sebak. Saya sendiri tak boleh tahan mengalir air mata lihat baby dan ibu. Terima kasih doktor, nurse, semua yang bantu jaga kakak dengan baik,” kongsinya.

BAYI yang diberi nama J Eshan Nufail atau mesra dengan panggilan ‘Baby J’.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada pukul 9 malam 30 November lalu.

Bayi yang diberi nama J Eshan Nufail atau mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu sihat dan dilahirkan dengan berat dua kilogram.

Jahidah koma selepas dibelasah dengan kejam oleh suaminya hingga menyebabkan kecede­raan parah pada kepala. Ekoran itu, tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk patah.

Jahidah pada mulanya dima­sukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bah­ru sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul Jahidah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI