fbpx

23 individu ditahan malam tahun baharu di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash.

IPOH – Seramai 23 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2022 malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 46 tahun itu dipercayai terlibat dalam kesalahan jenayah dan narkotik.

“Hasil operasi yang dijalankan di seluruh negeri, seramai 3,637 individu diperiksa di mana 15 orang telah ditangkap atas kesalahan narkotik manakala lapan lagi bagi kesalahan jenayah.

“Melalui operasi sama, pihak polis turut mengeluarkan 274 saman bagi pelbagai kesalahan trafik selepas memeriksa 2,983 kenderaan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, operasi selama 12 jam bermula pukul 4 petang semalam disertai 876 pegawai dan anggota polis dengan dibantu 20 pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Melalui operasi ini diharap dapat mengurangkan kegusaran orang ramai terhadap kejadian jenayah di sekitar kawasan tumpuan terutama apabila kita meningkatkan pendekatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis dikawasan berkenaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI