fbpx

Wabak selesema burung ‘dahsyat’ landa Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETAKAT 22 Disember lalu, sebanyak 867 kes virus influenza burung telah dikesan di 27 negara EU dan Britain - stux/Pixabay

BERLIN – Pegawai kesihatan Jerman memaklumkan bahawa negara-negara Eropah kini berdepan dengan wabak selesema burung dahsyat yang telah menjejaskan burung-burung liar dan ternakan ketika penduduk bergelut dengan pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam. 

Institut Penyelidikan Persekutuan Jerman untuk Kesihatan Haiwan, Institut Friedrich Loeffler berkata, beberapa kes telah ditemui di Kanada, merentasi Eropah, dan terus ke India dan Asia Timur.

“Kita sedang mengalami penularan wabak selesema burung paling dahsyat yang pernah berlaku di Jerman dan Eropah yang dilihat tidak berpenghujung. 

“Negara-negara yang terjejas termasuk dari Finland ke Kepulauan Faroe, Ireland dan dari Rusia ke Portugal,’’ kata institut itu kepada saluran berita Jerman, Deutsche Presse-Agentur (DPA).

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) pada 22 Disember lalu melaporkan sebanyak 867 kes virus influenza burung yang sangat patogenik telah dikesan di 27 negara Kesatuan Eropah (EU) dan Britain, yang telah meningkat sejak Oktober lalu.

“Peningkatan berterusan melibatkan virus selsema burung atau HPAI pada burung bermigrasi dan burung-burung liar akan meningkatkan risiko kepada industri ternakan di Eropah untuk beberapa bulan akan datang,” jelas laporan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI