fbpx
Gambar hiasan

Saya akan ketuai inisiatif Pembasmian Kemiskinan – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akan mengetuai sendiri inisiatif Pembasmian Kemiskinan oleh kerajaan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan adalah bagi menangani isu kemiskinan dan jurang pendapatan yang meliputi kemiskinan di bandar mahupun luar bandar.

“Perkara asas, yakni kemiskinan masih menjadi keutamaan saya dan seperti yang saya janjikan, nilai teras Keluarga Malaysia adalah Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran dan tiada seorang pun yang harus tertinggal.

“Atas semangat keterangkuman yang sama, kerajaan akan terus memberikan fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak katanya pada satu perutusan khas secara langsung bersempena sambutan Tahun Baharu 2022 sebentar tadi. -K! ONLINE

POPULAR