fbpx

PUNB tawar moratorium kepada usahawan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nazlan

PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan moratorium ke atas prinsipal dan keuntungan sehingga enam bulan bermula 1 Januari ini.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung Rakan Usahawan yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, PUNB sentiasa fokus membantu semua Rakan Usahawan yang terjejas dan berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan sebarang kesulitan kewangan yang dihadapi dalam waktu mencabar ini.

“Sebanyak 53 syarikat Rakan Usahawan PUNB dilaporkan terjejas akibat banjir dengan kerugian dianggarkan hampir M10.5 juta,”

“Rakan Usahawan PUNB yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan komitmen pembayaran pembiayaan boleh memohon moratorium tertakluk kepada syarat-syarat yang telah
ditetapkan,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 atau e-mel ke [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI