fbpx

Orang ramai diminta tidak cemas dan panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff

PETALING JAYA – Orang ramai di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diminta mengelakkan situasi cemas dan panik berikutan amaran status bahaya hujan sangat lebat berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kawasan terlibat adalah Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Mersing dan Kota Tinggi.

“Rakyat elakkan daripada situasi cemas dan panik. Teruskan berhubung dengan agensi berkaitan untuk mendapatkan matlumat lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd. Latiff seterusnya menyenaraikan enam peranan siap siaga untuk penduduk di kawasan terlibat termasuk menyelenggara parit dan longkang supaya tidak tersumbat.

Menurut beliau, peranan siap siaga kedua adalah menyimpan nombor telefon penting untuk kegunaan saat kecemasan iaitu (NDCC) 03- 8064 2400 dan MyGCC 03-8000 8000.

Tambah beliau, peranan siap siaga ketiga perlu peka kepada keadaan sekeliling, bunyi, isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kata beliau, peranan siap siaga keempat berrsiap sedia untuk pindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa dan peranan kelima mendapatkan maklumat terkini cuaca setempat terutama di lokasi.

“Peranan siap siaga keenam simpan semua di dalam bekas atau beg atau fail di tempat tinggi dan kalis air,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Kata beliau, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI