fbpx

Angkasa prihatin bantu anggota terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anggota Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu yang terjejas banjir di Surau Haji Mohd Taf, Kampung Kundur Hulu, di sini, tadi.

REMBAU – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meneruskan misi tanggungjawab sosial koperast (CSR) dengan menghulurkan sumbangan kepada anggota koperasi yang terjejas akibat bencana banjir.

Presidennya, Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bantuan berkenaan adalah sejajar dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu mengambil berat terhadap masyarakat terutamanya anggota koperasi yang mendaftar di bawah organisasi berkenaan iaitu sebanyak 10,400 koperasi di seluruh negara.

Bagaimanapun menurut beliau, secara keseluruhannya, Angkasa telah menyalurkan sumbangan bernilai lebih RM5 juta bukan hanya membantu anggota koperasi yang terjejas banjir, bahkan, barisan ‘frontliner’ yang telah bertungkus lumus berkhidmat buat negara sejak tercetusnya pandemik Covid-19.

“Haampir 70,000 individu di seluruh negara telah dibantu melalui Angkasa dan kita akan membuat penambahbaikan lagi bagi memastikan tiada anggota yang tercicir dari menerima bantuan dari kita.

“Malah, kita juga menyeru kepada anggota bagi membantu masyarakat terutamanya daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang terkesan dalam apa juga musibah yang melanda.

Beliau berkata demikian sempena ketika ditemui sempena Program Penyerahan Sumbangan CSR COOPCARE ANGKASA prohatin pasca banjir di Negeri Sembilan di Surau Haji Mohd Taf, Kampung Kundur Hulu, di sini, tadi.

Pada program berkenaan, sebanyak 100 pek barangan keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) berjumlah RM5,000 kepada penduduk setempat yang juga anggota Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu diagihkan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, mana-mana koperasi yang terjejas banjir boleh membuat penangguhan perlaksanaan mesyuarat agung pada tahun ini dan berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurutnya, terdapat koperasi yang manaa bangunan operasinya terjejas dan minit mesyuarat serta pelbagai dokumen rosak disebabkan terendam banjir.

“Malah, bagi membantu koperasi yang terjejas juga, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar telah mengumumkan insentif pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) untuk koperasi, daripada 15 peratus kepada lapan peratus daripada untung bersih teraudit selepas pelarasan operasi.

“Secara tidak langsung, pengumuman ini akan banyak membantu anggota koperasi yang terjejas akibat bencana alam ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI