fbpx

34 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 34 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 31,462 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,351 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Perak (8), Sabah (7), Johor (4), Kelantan (3), Pahang (3), Selangor (3), Terengganu (2), Kedah (1), Melaka (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 45,983 kes aktif melibatkan 38,844 kes dikuarantin di rumah, 3,326 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,532 kes di hospital, 126 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 155 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,997 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (965 kes), Johor (433 kes), Sabah (425 kes), Pulau Pinang (328 kes), Melaka (254 kes), Sarawak (243 kes), Kelantan (241 kes), Negeri Sembilan (239 kes), Pahang (226 kes) dan Terengganu (207 kes).

Turut menyumbang kepada kes harian semalam adalah Perak (209 kes), Kuala Lumpur (161 kes), Perlis (25 kes), Kedah (24 kes), Putrajaya (10 kes) dan Labuan (tujuh kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI