fbpx

11 daerah di 5 negeri masih terjejas banjir – NADMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 buah daerah di negeri Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor masih terjejas akibat banjir dengan 4,614 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini berkata, sejumlah 720 buah PPS telah ditutup di mana 111,752 mangsa daripada 30,720 ketua isi rumah (KIR) telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, sehingga pukul 2 petang tadi, operasi banjir seluruh negara melibatkan keanggotaan 42,265 orang anggota agensi responder dengan 1,843 gabungan aset pelbagai agensi.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengedarkan 472,340 pek makanan berbungkus termasuk keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terkesan banjir, “katanya.

Katanya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula melaporkan tujuh pertambahan kejadian tanah runtuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133 kejadian melibatkan negeri Selangor (55), Kuala Lumpur (8), Negeri Sembilan (17), Melaka (1), Terengganu (3), Pahang (42), dan Sarawak (6).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI