fbpx

Tujuh laporan polis curi banjir di Klang Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya (tengah) menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada anggotanya terjejas akibat banjir, hari ini

KLANG – Polis menerima tujuh laporan polis berkaitan kes kecurian dan pecah rumah sepanjang bencana banjir sekitar pentadbiran Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan itu diterima daripada mangsa yang kehilangan barangan selepas kediaman dipecah masuk penjenayah.

Katanya, semasa banjir ada antara mereka berpindah ke rumah ahli keluarga lain sementara menunggu banjir surut.

“Semakan mendapati kita menerima tujuh laporan polis berkaitan kecurian dan pecah masuk.

“Siasatan masih dijalankan dengan usaha memburu suspek masih dilakukan pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita semasa proses penyerahan bantuan kepada warga polis yang terjejas banjir di sini hari ini.

Jelas beliau, pihak polis sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan dalam memastikan keselamatan penduduk dan kediaman mereka terdedah daripada ancaman jenayah curi khususnya.

Vijaya turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan membuat perancangan awal terutama dalam tempoh tengkujuh ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, pihaknya telah menerima sebanyak 8,622 laporan polis melibatkan banjir.

“Ini termasuk berkaitan kerosakan barangan, insurans dan permohonan sumbangan bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Dalam tempoh banjir sebelum ini, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh di dalam longkang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI