fbpx

Ar-Rahnu CBP tawar kadar keuntungan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen AR-Rahnu CBP kini menyediakan pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa barang kemas bernilai RM15,000.

PETALING JAYA – Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, langkah mengetengahkan produk perbankan patuh Syariah dilihat sebagai tindakan tepat bagi memberi manfaat kepada rakyat, dengan menawarkan kadar keuntungan kompetitif serta manfaat dan kelebihan yang baik.

Tambahan pula tujuan utama penawaran produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah adalah untuk memberi penyelesaian kewangan pantas dan mengurangkan beban pelanggan.

Dengan pengalaman lebih 70 tahun dalam pengurusan kewangan, Co-opbank Pertama (CBP) kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat apabila menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah.

CBP ketika ini menawarkan pelbagai produk perbankan seperti pembiayaan persendirian, pembiayaan perumahan, pembiayaan hartanah, pembiayaan koperasi dan korporat, akaun simpanan, penulisan wasiat, bancatakaful dan antara yang popular, Ar-Rahnu.

Semua produk dan perkhidmatan ini ditawarkan di kesemua 28 cawangan CBP di seluruh negara. Pada masa sama, CBP baru-baru ini telah melakar sejarah baharu menerusi pelancaran outlet stand alone Ar-Rahnu pertama mereka di Setapak pada 10 April 2021.

CBP turut merancang membuka lima lagi outlet stand alone Ar-Rahnu di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sebagai projek rintis dan outlet jenis ini menawarkan keselesaan serta memberikan perkhidmatan efisien untuk pelanggan bagi mendapatkan pembiayaan segera menerusi gadaian emas.

Ar-Rahnu CBP menyediakan pembiayaan sehingga RM350,000.

Ar-Rahnu CBP menawarkan pembiayaan menerusi gadaian emas dengan jumlah pembiayaan terkumpul maksimum sehingga RM350,000. Nilai pembiayaan adalah sehingga 75 peratus daripada nilai emas dan wang pembiayaan akan terus didepositkan ke dalam akaun simpanan CBP pelanggan.

Kadar keuntungan yang dikenakan juga adalah rendah pada 8.5 peratus setahun, bersamaan 0.71 peratus sebulan, jauh lebih rendah berbanding pajak gadai konvensional.

Buat masa ini, Ar-Rahnu CBP menerima barangan emas yang mempunyai mutu 750 sehingga 999, meliputi pelbagai jenis barangan seperti wafer emas, syiling emas dan barangan kemas.

Banyak manfaat bakal diperolehi oleh pelanggan sekiranya menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu, antaranya adalah kadar keuntungan pembiayaan rendah, pentaksiran barang gadaian yang pantas, barang gadaian dilindungi takaful, penghantaran notis kepada pelanggan bagi gadaian tamat tempoh atau tidak dituntut dan tempoh bayaran balik yang fleksibel serta bertolak ansur.

Malah wang lebihan lelongan, jika ada, akan dikembalikan kepada pelanggan. CBP turut menyediakan perkhidmatan percuma yang lain seperti pentaksiran barang emas dan mencuci barang kemas.

Semua ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pajak gadai konvensional dengan kadar riba yang tinggi – sehingga dua peratus sebulan atau 24 peratus setahun, penilaian barang gadaian tidak didedahkan, notis tidak dihantar kepada pelanggan, wang lebihan jualan barang gadaian tidak dikembalikan kepada pelanggan dan tempoh bayaran balik pula pendek dan statik.

CBP pada ketika ini sedang menjalankan kempen Ingat Ar Rahnu…Ingat CBP bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM75,000 berupa barangan kemas dan pelbagai hadiah menarik.

Maklumat lanjut berkaitan Ar-Rahnu CBP boleh didapati di www.cbp.com.my atau hubungi 1-300-88-7650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI