fbpx

Rakan kongsi logistik lebih tangkas bawa perubahan positif kepada perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezra (kanan) bersama pasukan Kairos Agriculture. - FOTO Kairos

EKONOMI kini sudah dibuka sepenuhnya dan banyak perniagaan telah mula beroperasi semula.

Tahun baru yang akan datang adalah seruan jelas bagi peniaga untuk memulihkan perniagaan mereka daripada jualan yang perlahan sepanjang tempoh pandemik.

Justeru, model operasi yang mampan amat diperlukan oleh setiap syarikat untuk menghadapi segala kemungkinan, terutamanya bagi memenuhi permintaan yang meningkat semasa musim puncak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kairos Agriculture, Ezra Tan, 34, berkata, pihaknya akan menumpukan perhatian kepada dua faktor bagi menangani isu-isu operasi seperti sekatan dalam bekalan, pergerakan buruh, keperluan pekerja, pelanggan dan pembekal.

Katanya, isu-isu ini berkait rapat dengan menyediakan bekalan yang cepat, segar dan sempurna kepada pelanggan.

“Pertama, kami akan menggunakan teknologi pertanian 4.0 dalam operasi dan pengurusan perladangan untuk menambah baik keseluruhan ekosistem operasi. Kami akan banyak bergantung kepada Internet of Things (IOT), Big Data, AI dan dron untuk memacu kemajuan kami.

“Teknologi-teknologi ini akan dapat meningkatkan keselamatan makanan dan menghasilkan produk berkualiti mengikut permintaan pasaran.

“Kedua, bagi memastikan keseluruhan ekosistem berfungsi dengan baik, salah satu saluran yang perlu diberi tumpuan ialah kerjasama dengan syarikat logistik strategik seperti Lalamove supaya keseluruhan rantaian bekalan dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, baru-baru ini.

Kairos Agriculture, merupakan sebuah perusahaan sosial yang menguruskan Ladang Vanila Pintar Pertama di Malaysia. Syarikat pertanian ini telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk transformasi ke arah model perniagaan yang lebih mampan.

Entiti dalam rantaian bekalan termasuklah pengeluar, vendor, gudang, syarikat pengangkutan, pusat pengedaran dan peruncit.

Ezra berkata, adalah sukar untuk menyelaraskan semua entiti dengan baik. Pihaknya juga mempunyai pengalaman bekerjasama dengan beberapa perkhidmatan kurier dalam rantaian bekalan untuk penghantaran produk ladang ke seluruh Semenanjung Malaysia.

“Sebelum ini, kami mengalami insiden kerosakan dengan pembungkusan dan kandungan produk sehingga menyebabkan pelanggan menolak produk kami. Oleh itu, mereka terpaksa menunggu satu lagi pusingan penggantian produk.

“Masalah kami tidak berhenti setakat itu. Ada saja masalah dengan penghantaran untuk menggantikan produk yang rosak sehingga memaksa pasukan pemasaran kami berhenti menerima pesanan yang akan datang untuk mengelakkan lebih banyak kerugian kepada syarikat,” katanya.

Rentetan isu berkenaan, Kairos Agriculture mengambil langkah segera untuk mengurangkan risiko dengan mengehadkan pesanan ke kawasan Pulau Pinang sahaja.

Selain itu, mereka mula mencari pilihan yang lebih baik untuk perkhidmatan kurier yang mampu membuat penghantaran B2C atau penghantaran dari perniagaan kepada pelanggan.

Ezra berkata, kerjasama dengan Lalamove memberikan pihaknya penyelesaian yang lebih mudah untuk beberapa isu rantaian bekalan. Malah, mereka berjaya meningkatkan kecekapan operasi dengan penjimatan sekitar RM30,000.

“Lalamove boleh mengambil hasil tuaian dari ladang kami yang terletak di kawasan luar bandar menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Aplikasi dan laman web Lalamove juga sangat mudah digunakan untuk membuat pesanan penghantaran.

“Mereka juga mempunyai bahagian perkhidmatan pelanggan yang mengendalikan aduan dengan baik. Secara keseluruhannya, Lalamove memainkan peranan yang penting untuk memastikan produk-produk kami dapat dihantar segera kepada pelanggan dalam keadaan yang segar selepas dituai,” katanya.

Gembira dengan perkhidmatan Lalamove, Ezra menyifatkan syarikat kurier berkenaan berjaya melatih wakil perkhidmatan pelanggan dan penghantar mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua keadaan.

“Kini, kami boleh menerima pesanan dari mana-mana kawasan selain Pulau Pinang. Kami berpuas hati dengan Lalamove yang berupaya menghantar produk kami seperti Space Garden ke seluruh Semenanjung Malaysia pada hari yang sama.

“Kami juga boleh berhubung dengan penghantar pada bila-bila masa untuk mendapatkan kemas kini atau laporan terkini.

“Tambahan pula, bahagian perkhidmatan pelanggan mereka sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat susulan jika terdapat sebarang isu ketika penghantaran.

“Sistem ini memberikan kami kebebasan untuk menumpukan perhatian kami kepada operasi ladang dan urusan-urusan perniagaan yang lain tanpa perlu risau mengenai status penghantaran produk ke pelanggan,” katanya.

Susulan dari pengalaman positif Kairos Agriculture dengan Lalamove, Ezra menggalakkan perniaga-perniaga lain untuk turut memilih Lalamove sebagai rakan penghantaran supaya mereka juga dapat memanfaatkan perkhidmatan penghantaran Lalamove yang pantas, mudah dan dipercayai.

Lalamove kini beroperasi di lebih 30 pasaran seluruh Asia dan Amerika Latin.

Ia memasuki pasaran Malaysia pada 2018 dan kini perkhidmatannya merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Lalamove menyediakan penghantaran pantas untuk menghantar barang kecil dan besar menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda, lori (10 kaki hingga 17 kaki) dan van (7 kaki hingga 9 kaki).

Lalamove juga dikenali sebagai jenama perkhidmatan penghantaran ‘on-demand’ yang sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan.

Bagi peniaga yang ingin meningkatkan kecekapan perniagaan menerusi perkhidmatan Lalamove, layari laman sesawang Lalamove atau muat turun aplikasi mereka di Google play store atau Apple app store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI