fbpx

[VIDEO] 500 jemaah umrah mengamuk, lima jam terkandas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lebih lima jam di KLIA untuk dipakaikan jam pengesanan Covid-19 baru-baru ini.

PETALING JAYA- Kira-kira 500 jemaah yang tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan dari Arab Saudi dilaporkan tidak berpuas hati selepas terpaksa menunggu lebih lima jam di terminal udara itu.

Difahamkan, kesemua jemaah yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci itu sedang menunggu giliran untuk dipakaikan jam penjejak bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Zulkifli Mohamaed, rata-rata jemaah dilihat tidak berpuas hati kerana perlu menunggu lama selain penat berikutan melalui penerbangan lama dari Jeddah.

“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah, percubaan pertama kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pakaikan jam penjejak. Terlalu lama, hampir lima jam menunggu,” tulisnya.

Dalam video tersebut, turut kelihatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan hanya tujuh sahaja kakitangan KKM yang ditugaskan ketika itu bagi mengendalikan seramai 500 jemaah terlibat.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan agar jemaah terbabit sentiasa bersabar selain turut bersimpati dengan kepenatan dilalui mereka.

“Saya di sini juga tadi, sistem jam itu tiada masalah, yang geram kakitangan KKM tidak ramai, perjalanan sembilan jam, tambah enam jam menunggu, penat,” kata Safwan Nazri.

“Ujian sebagai tetamu Allah datang dalam pelbagai cara, diuji sebelum tiba, bersih hati elak emosi, selamat semuanya,” ujar Mohd Shukri Hashim.

“Sabar bang, baru jadi tetamu Allah. Anggap ini sahaja ujian dari Nya,” nasihat Latif Saad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI