fbpx

4 negeri diramal banjir bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir sekitar Pahang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan kejadian banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam.

JPS dalam satu kenyataan hari ini berkata, bencana itu dijangka bermula di Kelantan pada 31 Disember pukul 8 malam di Lembangan Sungai Kelantan membabitkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang manakala Lembangan Sungai Golok melibatkan Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang).

“Turut dijangka bermula pada tarikh yang sama di Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Besut dan Sungai Terengganu.

“Di Pahang, kejadian itu dijangka bermula pada 1 Januari depan melibatkan daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Johor membabitkan kawasan sekitar di Mersing,” katanya.

Sementara itu, JPS turut menasihati penduduk di kawasan berikut untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau di Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir,” jelasnya. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI