fbpx

Bowen, Raphinha tarik minat Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOWEN berjaya mempamerkan aksi terbaiknya bersama West Ham sehingga menarik minat Klopp. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool dikatakan terus meningkatkan minat mereka terhadap dua pemain, Jarred Bowen dari West Ham United dan bintang sensasi Leeds United, Raphinha untuk dibawa ke Anfield.

Kedua-dua pemain ber­kenaan menjadi tonggak utama pasukan masing-masing dan menjadi antara pemain yang menonjol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini menyebabkan The Reds bersedia untuk melihat lebih dekat potensi perpindahan mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dilaporkan sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kekuatan dan ketajaman mereka di bahagian serangan serta persedia­an terutama ketika tiga pemain bintang mereka, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino sudah memasuki tempoh baki 18 bulan kontrak masing-masing.

Berdasarkan sumber kelab, Liverpool akan berada dalam pasaran perpindahan Januari dan musim panas nanti dengan mod yang lebih aktif bagi mendapatkan beberapa lagi pemain bagi mengekalkan prestasi mereka.

Laporan menyebut, Bowen kini menjadi sasaran utama Klopp untuk di bawa ke Anfield sementara Raphinha juga turut dipantau secara dekat oleh kelab itu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain berkenaan dikatakan sedia menghabiskan musim ini bersama kelab masing-masing dan Liverpool hanya mampu menilai potensi perpindahan mereka pada musim panas ­nanti.

Bagaimanapun, The Reds perlu lebih proaktif sekiranya mahu mendapatkan Raphinha ketika gergasi Jerman, Bayern Munich secara terbuka sudah menyatakan keinginan mereka dan sanggup mengeluarkan dana sebanyak £50 juta (RM280.82 juta) untuk memujuk Leeds melepaskan pemain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI