fbpx

LZS terima lebih 30,000 permohonan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anhar ( empat kanan depan ) dan Saipolyazan (tiga kanan depan) dan bersama wakil syarikat dan penerima zakat daripada LZS di Wisma PKPS, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 30,000 permohonan daripada mangsa banjir sekitar Selangor sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 14,5000 permohonan yang telah diluluskan bagi mendapatkan bantuan segera RM600 daripada pihaknya.

“Lebih 17,000 permohonan belum lagi diluluskan kerana pemohon gagal memberikan dokumen lengkap kepada kami.

“Justeru, saya berharap dokumen itu dapat dilengkapkan bagi membolehkan LZS segera memproses permohonan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan LZS di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Majlis telah disempurnakan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Saipolyazan memberitahu, mangsa banjir boleh membuat permohonan menerusi dalam talian dengan mengemukakan laporan polis atau ketua masyarakat kawasan mereka berhubung insiden itu.

Jelas beliau, LZS bersedia mempertimbangkan untuk memperkenalkan bantuan lain setelah pihaknya membuat tinjauan di kawasan banjir.

“Selain mangsa banjir, kami juga mengagihkan zakat kepada lebih 60,000 asnaf termasuk 13,000 asnaf sementara.

“Saya harap lebih ramai umat Islam di Selangor dapat tampil membayar zakat sebelum berakhirnya tahun ini,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis tersebut LZS menerima zakat perniagaan berjumlah RM6.81 juta daripada 46 buah syarikat.

Pada majlis sama, LZS turut menyalurkan pelbagai jenis zakat kepada individu dan persatuan berjumlah RM976,303.86. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI