fbpx

Tahun mencabar bakal menanti BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HANN menggesa pemain-pemain lain untuk menyumbang mata bagi memastikan pasukan negara mencatat kemenangan pada BATC 2022.

EMPAT kejohanan besar menanti para pemain badminton kebangsaan dalam kalendar sukan tahun depan bermula saingan Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah tentu mahu memastikan kejayaan positif mampu diraih dalam setiap kejohanan tersebut terutama saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand dari 8 hingga 15 Mei tahun depan.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choon Hann menjelaskan, empat kejohanan itu menuntut setiap pemain agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.

“Kita mampu membentuk sebuah pasukan yang mantap dengan barisan pemain sedia ada sekarang. Jadi, kita perlu cuba mara ke final Piala Thomas.

“Kita akan adakan perbincangan mengenai perkara ini tetapi Sukan Komanwel harus ada emas. Saya percaya dengan kemam­puan para pemain untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Selepas saingan Piala Thomas, skuad negara akan mengalihkan fokus mereka kepada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham yang dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hinga 8 Ogos.

Kemudian, saingan Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun dari 21 hingga 28 Ogos bakal menanti para pemain sebelum mereka menggalas cabaran negara untuk Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China (10-25 September).

Sebagai rekod, Malaysia langsung tiada wakil menaiki podium pada Sukan Asia 2018 di Indonesia berbanding dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa berjaya dimenangi sewaktu Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI