fbpx

Makcik gagah angkat batu sambil berleter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga wanita itu dilihat membawa batu-batu sambil berleter. - TikTok

JAKARTA – Tiga wanita berpangkat ‘mak cik’ mendapat perhatian netizen di media sosial apabila mereka mengangkat batu-batu besar sambil berleter, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik ke akaun bernama @wulannuri1.

Kelihatan tiga wanita tersebut sedang mengangkat batu-batu besar sambil berleter ketika ditegur seorang lelaki yang merakam video tersebut.

Dua wanita masing-masing dilihat menolak kereta sorong penuh berisi batu, manakala seorang lagi wanita bertindak memikul batu pada bahunya menggunakan tangan.

‘’Kaum lelaki asyik melepak sahaja, tidak mampu melakukan pekerjaan sebegini,’’ kata wanita berbaju biru lalu beredar.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Katakanlah itu program senaman, bukannya sedang bekerja,’’ tulis seorang netizen.

‘’Dalam kes begini, bergosip lebih menyihatkan,’’ tulis netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI