fbpx

Bieu Argile sumbang produk cucian, makanan kepada mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AMMAR AIMAN (kiri) menyerahkan sumbangan sabun kepada penduduk terjejas banjir di Hulu Langat, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Eco Eschroll Sdn. Bhd., pengeluar produk cucian serba guna berjenama Bieu Argile, tampil ­menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir meskipun kilang pengeluaran syarikat yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam turut terjejas de­ngan bencana alam itu.

Pengasas bersama syarikat, Mohd. Ammar Aiman Samsul berkata, keprihatinan syarikat terhadap mangsa banjir telah mendorong kakitangannya me­nyampaikan bantuan kepada penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam; Kampung Sri Aman, Puchong dan juga di Hulu Langat.

“Kami menyumbang bahan pencuci kepada penduduk ke­rana mereka sangat memerlukan bahan cucian untuk membersihkan kediaman, mencuci perabot, pakaian dan juga pinggan ­mangkuk yang masih boleh digunakan.

“Produk cucian Bieu Argile yang baru dilancarkan bulan lalu dihasilkan dengan formulasi unik tanpa bahan kimia dan diperbuat daripada bahan se­mula jadi seperti enzim air tanah liat.

“Ia selamat digunakan dan tidak menyakitkan tangan, selain bersifat mesra alam walaupun diguna kan pada kuantiti yang ba­nyak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena sesi penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor baru-baru ini.

Mohd. Ammar Aiman memberitahu, syarikat akan terus menghulur sumbangan dari semasa ke semasa kepada mangsa banjir sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Selain sumbangan produk cucian, Mohd. Ammar bersama pasukannya turut menyumbangkan bantuan makanan di kawasan yang terjejas teruk se­perti di Taman Sri Muda dengan menghantarkan makanan menggunakan dron.

“Enam dron membawa makanan telah ‘diterbangkan’ kepada mangsa-mangsa terlibat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI