fbpx

Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ilustrasi. Wanita itu diputuskan ketika dalam perjalanan bertemu teman lelakinya. - Pexels/Juan Pablo Serrano Arenas

JAKARTA – Sebuah ciapan di laman Twitter tular apabila mendedahkan kisah seorang wanita yang sanggup memohon cuti tiga hari semata-mata untuk bertemu teman lelakinya, namun diputuskan ketika dalam perjalanan, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Menerusi ciapan dimuat naik ke akaun bernama @Askrlfess, wanita itu berkata, dia pada asalnya ingin memberi kejutan kepada teman lelakinya yang berada di luar bandar.

Oleh sebab itu, dia sanggup mengambil cuti daripada pekerjaannya selama tiga hari. 

Bagaimanapun, ketika memandu kereta menuju ke lokasi kekasihnya, lelaki tersebut bertindak memutuskan hubungan dengan alasan bahawa dia sudah bosan.

Kerana tidak dapat menahan air matanya, wanita itu kemudiannya menangis di dalam kereta.

Netizen pula mula membanjir ruangan komen.

‘’Saya tidak faham kenapa orang sanggup putus kerana bosan,’’tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI