fbpx

Isteri gagah heret suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu mendapati bahawa suaminya berlaku curang setelah dimaklumkan oleh saudaranya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial yang memperlihatkan seorang wanita bertindak mengheret suaminya yang berlaku curang dari sebuah pangsapuri, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Klip video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @komentatorpedas.

Pada awalnya, kelihatan sebuah kereta diletakkan di halaman sebuah pangsapuri dipercayai milik suami wanita terbabit.

Wanita itu diberitahu oleh saudara-maranya bahawa kereta suaminya diparkir di halaman pangsapuri tersebut.  

Tidak lama kemudian, rakaman menunjukkan wanita itu bertindak mengheret suaminya keluar dari kediaman itu.

‘’Ternyata lelaki itu sendiri mendaftar masuk dengan wanita lain,” demikian kenyataan pada video tersebut.

Menurut maklumat, wanita itu bersyukur kerana masih ada saudara yang baik hati mengadu suaminya berlaku curang.

Netizen mula membanjiri ruangan komen. 

‘’Sebab itu wanita perlu mencari suami yang soleh, jangan hanya berharta banyak,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI