fbpx

Didakwa hamil anak sulung, Intan Ladyana, suami positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN dan Harris disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana, 38, yang kini dikhabarkan hamil anak pertama disahkan positif Covid-19 dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh di sini malam tadi.

Turut dijangkiti ialah suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Harris Alif, 21, dan turut di bawa ke hospital yang sama.

Khabar mengejutkan itu dimuat naik dalam satu hantaran Instagram milik program hiburan terkenal, Melodi sekitar tengah malam tadi.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang mereka terhadap pelakon drama Bougainvillea yang kini sedang sarat hamil anak sulung.

Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih.

Sementara itu, sehingga kini Harris tidak memuat naik sebarang perkongsian atau pengumuman mengenai perkara tersebut.

Sebaliknya, Intan dilihat telah memuat naik perkongsian sebuah video memaparkan dia dipercayai berada dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital sekitar pukul 11 malam tadi.

Untuk rekod, Intan dan Harris selamat diijabkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.

Manakala, sejak beberapa bulan lalu tular foto dan video memaparkan bentuk fizikal Intan yang dilihat seperti wanita hamil.

Walaupun sehingga kini tidak mengesahkan, rata-rata orang ramai mendakwa teraju utama filem Bini-Biniku Gangster itu hamil anak pertama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI