fbpx

Wanita temui wang kertas dalam tin cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menemui wang kertas setelah mencuci plastik asing dari bekas catnya. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita dilaporkan menemui plastik berisi wang kertas di dalam bekas cat yang dibelinya, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Video tersebut dimuat naik ke akaun TikTok bernama @pebyemoy.

Pada awalnya, wanita itu bersama rakannya sedang mengecat. Ketika mencelup cat menggunakan berus, mereka mendapati suatu benda asing berada di dalam bekas itu.

Setelah mengambil plastik tersebut dan mencucinya menggunakan air di dalam mangkuk, mereka terkejut kerana mendapati plastik tersebut berisi wang sebanyak 2,000 rupiah (RM0.59).

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Saya pernah bekerja di kilang cat dan mereka sengaja memberi wang dalam tin cat sebagai sebahagian daripada promosi,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI