fbpx

Tiga suspek hentak cermin kereta direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan suspek bertindak menghentak cermin sisi belakang kereta dengan topi keledar di Jalan Lundang, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Polis menahan tiga suspek selepas mereka dipercayai terlibat dalam kes menghentak cermin sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Lundang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 16 hingga 21 tahun itu dicekup semasa mereka berada di hadapan premis menjual kelengkapan rumah di Jalan Dusun Muda di sini kira-kira pukul 2.40 petang semalam.

Menurutnya, suspek yang berusia 16 tahun direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok manakala dua lagi sehingga hari Jumaat.

“Semakan mendapati, suspek yang berusia 21 tahun memiliki satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI