fbpx

Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKAHAN tanah runtuh dilihat berlaku di susur keluar Bulatan Melawati menuju ke Lebuh Raya Persekutuan arah Klang hari ini.

SHAH ALAM – Pengguna jalan raya terutama mereka yang melalui lereng dari Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di sini menuruni Bulatan Melawati menuju ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang diminta untuk memperlahankan kenderaan masing-masing.

Ia ekoran berlaku pergerakan tanah di kawasan terbabit sebagaimana tular di laman media sosial hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihak majlis telah bertindak memasang kanvas bagi menutupi kawasan tanah runtuh terbabit.

Katanya, pihaknya juga telah bertindak memasang kon dan penghadang jalan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melalui kawasan itu untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“MBSA berharap pengguna yang perlu melalui jalan itu agar berhati-hati dan memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar mengenai kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan tular di laman media sosial hari ini apabila pengguna jalan raya meminta orang ramai untuk berhati-hati atau mengelak daripada menggunakan jalan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI