fbpx
Putera Turki (kanan) memberikan sebuah kereta baharu kepada seorang lelaki selepas kereta lelaki itu rosak di tengah jalan. - Gulf News

Kereta rakyat rosak tengah jalan, Putera Arab hadiahkan kereta baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH  – Kisah seorang lelaki yang diberikan hadiah berupa sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux oleh Putera Arab Saudi menjadi tular di media Arab Saudi baru-baru ini, lapor akhbar Gulf News semalam.

Gabenor wilayah Asir, Putera Turki bin Talal Al Saudi memberikan kenderaan itu kepada seorang lelaki selepas beliau terlihat lelaki itu berdiri di tengah sebatang jalan di Mahayel, Asir kerana keretanya rosak.

Putera Turki kemudian meletak kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya kepadanya sekiranya dia mempunyai kereta lain untuk digunakan. Lelaki itu menjawab tiada.

Putera Turki kemudian membawa lelaki itu ke sebuah bilik pameran kereta dan membelikannya sebuah kereta jenis Toyota Hilux.

Beliau menyerahkan kunci dan memberitahu kepada lelaki itu bahawa kereta itu kini menjadi miliknya.

Foto insiden tersebut kemudiannya dikongsikan menerusi platform media sosial dengan orang ramai memuji sikap murah hati Putera Turki. – AGENSI 

POPULAR