Lelaki itu ditahan kerana mencuri jambatan dari sebuah taman di Akron, Ohio. – Jabatan Polis Akron

Jambatan di Ohio dikebas pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKRON, OHIO – Sorang lelaki di negeri Ohio, Amerika Syarikat ditahan kerana mencuri sebuah jambatan pejalan kaki sepanjang 17.7 meter dari sebuah taman di Akron, lapor akhbar New York Daily News semalam. 

David Bramley, 63, dilaporkan membuat beberapa perjalanan ke Taman Middlebury Run untuk membawa keseluruhan bahagian jambatan itu ke tempatnya, kira-kira 24.14 kilometer dari barat Daerah Medina di  Akron, demikian menurut kenyataan polis di laman Facebook.

Jambatan itu sebenarnya tidak digunakan lagi ketika Bramley mencurinya, lapor akhbar Akron Beacon Journal. Ia telah diturunkan pada tahun 2003 atau 2004 dan hanya berada di padang taman itu. 

Polis berkata, Bramley mengambil papan dek pada 3 November lalu dan kerangka logam pada 11 November lepas, demikian menurut Beacon Journal. 

Dia dikatakan membayar sebuah syarikat trak bagi mendapatkan sebuah kren untuk mengeluarkan jambatan yang berukuran 17.7 meter panjang, 3.09 meter lebar dan tinggi 1.8 meter itu. 

Polis Akron menyiarkan di laman Facebook mengenai jambatan yang hilang itu pada 10 Disember dan mendapat petunjuk yang membawa kepada penahanan Bramley. 

Mereka dengan mudah mengesan jambatan itu ketika melawat tempat Bramley di Wadsworth pada 17 Disember lalu, lapor Beacon Journal. 

Bramley kemudian didakwa atas jenayah mencuri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN