fbpx

Lucut harta RM6 juta bukan harta bekas Exco semata-mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam kepada Abd. Latif, Abd. Rahim Ali bersama anak guamnya selepas prosiding pelucutan harta di Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Pihak guaman kepada bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latif Bandi menjelaskan kesemua kenderaan mewah antara keseluruhan harta yang bernilai RM6 juta yang dilucut hak bukanlah milik beliau semata-mata.

Rahim, Aidil & Partners dalam satu kenyataan berkata, laporan akhbar yang dikeluarkan menggambarkan seolah-olah beliau telah memperoleh kekayaan yang tidak wajar sepanjang menjawat sebagai Exco Negeri Johor.

Menurut kenyataan yang sama, jumlah pelucutan hak sebanyak RM6 juta adalah merujuk kepada keseluruhan harta yang terlibat dan bukannya melibatkan anak guam kami semata-mata.

“Merujuk kepada siaran media mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan rayuan pihak SPRM untuk melucut hak harta-harta Abd Latif,ia bukanlah kesemuanya milik Abd Latif seperti yang digambarkan.

“Kami ingin menegaskan jumlah pelucutan hak sebanyak RM6 juta adalah merujuk kepada keseluruhan harta-harta yang terlibat dan bukannya melibatkan anakguam kami semata-mata.

“Laporan media bertarikh 20 Mei 2019 boleh dirujuk dimana harta-harta yang dipohon untuk dilucuthak adalah RM1.58 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak harta bernilai lebih RM6 juta milik bekas Exco Kerajaan Johor, Datuk Abd. Latif Bandi, anak dan menantunya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI