fbpx

Warga emas rentung, terperangkap dalam kenderaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar ekoran bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Sook - Nabawan hari ini. -Foto: Ihsan Bomba

KENINGAU – Seorang lelaki warga emas rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar ekoran bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Sook-Nabawan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Wahab Marjuki, 61, dipercayai terperangkap ekoran tersepit di dalam kereta Proton Saga yang dipandunya ekoran kemalangan terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.31 pagi.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian susulan laporan terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah berjaya dipadam oleh orang awam sebelum ketibaan jentera Bomba.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui seorang mangsa lelaki ditemui rentung di dalam kenderaan Proton Saga terlibat dalam kemalangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI