fbpx

Sorok rokok seludup dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak rokok seludup yang disembunyikan di dalam kebun getah di Kampung Bukit Kwong, Rantau Panjang. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Cubaan sindiket menyembunyikan sebanyak 180,000 batang rokok seludup di dalam kebun getah di Kampung Bukit Kwong di sini gagal apabila kegiatan mereka berjaya dihidu anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Rampasan rokok itu dilakukan pada pukul 2.30 pagi tadi hasil maklumat daripada orang awam berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya telah menemui satu longgokan kotak yang ditutup dengan kanvas warna biru dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan serbuan di kawasan itu.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 18 kotak berwarna coklat dibalut dengan plastik berwarna hitam.

“Pemeriksaan ke atas kotak-kotak tersebut telah membawa kepada penemuan sebanyak 180,000 batang rokok yang disyaki diseludup dari Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Menurut Azhari, kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Kompeni Taktikal Rantau Panjang untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI